suria

MCPF Cadang Syarikat Ambil Bekas Penagih/Banduan Diberi Insentif

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) hari ini mencadangkan agar insentif diberi kepada syarikat-syarikat swasta yang mengambil bekerja bekas banduan dan bekas penagih dadah.

Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, beliau akan meminta supaya cadangan itu dimasukkan dalam belanjawan 2013 yang akan dibentangkan nanti.

Lee berkata, "(Pada masa ini) kebanyakan syarikat swasta tidak berminat membuka peluang pekerjaan kepada mereka tetapi lebih suka mengambil pekerja asing," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini bahawa pihaknya akan cuba membantu bekas banduan dan bekas penagih dadah dalam mendapatkan pekerjaan selepas mereka dibebaskan.

"Kita juga akan cuba membantu mereka... kalau tidak ada pekerjaan kita akan berbincang dengan jabatan buruh," katanya.

Lee berkata, ini memandangkan golongan tersebut telah diberi latihan dan kemahiran yang cukup semasa menjalani tempoh tahanan. - BERNAMA

Artikel Lain