suria

Polis Tahan Enam Lelaki Disyaki Terlibat Kes Rompak

MUAR: Polis menahan enam lelaki yang disyaki terbabit dalam empat kes rompakan dan pecah rumah melibatkan kerugian harta benda bernilai RM150,000 di sekitar daerah ini.

Mereka yang berumur antara 20 dan 30 tahun itu ditahan di sekitar Muar pada pukul 12.30 pagi semalam, kata Ketua Polis Daerah Muar ACP Mohamad Nasir Ramli.

"Mereka disyaki terlibat dalam kes rompakan di dua rumah di Sungai Abong pada pukul 6.20 pagi dan 8.20 malam, Rabu lepas serta dua lagi kes di sekitar Muar sehari selepas itu pada pukul 7.40 malam dan pukul 8.10 malam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pertandingan menembak sempena sambutan Hari Polis peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di Bukit Kangkar di sini, Sabtu.

Mohamad Nasir berkata polis juga telah mengenalpasti beberapa lagi suspek kes rompakan dan pecah rumah di sekitar Muar, termasuk mereka yang mempunyai rekod jenayah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain