suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

67 Peratus Rakyat Malaysia Mampu Miliki Rumah

KUALA LUMPUR: Enam puluh tujuh peratus rakyat Malaysia mampu membeli rumah sendiri, kata ketua pegawai eksekutif Malaysia Property Incorporated Kumar Tharmalingam pada Jumaat.

Beliau berkata harta berharga kira-kira RM300,000 adalah popular di kalangan golongan muda.

"Pasaran harta Malaysia adalah salah satu daripada pasaran yang paling mampu milik dan setara dengan pasaran paling menarik di rantau ini dari segi reka bentuk, invoasi dan kawal atur," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ekspo iProperty.com Real Deal 2012.

Berdasarkan penyelidikan oleh sebuah majalan Jepun, satu juta rakyat Jepun berminat dengan hartanah di Malaysia, kata Kumar.

Beliau berkata Malaysia telah menjadi pilihan pertama rakyat asing, terutamanya rakyat Jepun yang akan bersara.

Acara tiga hari yang bermula hari ini itu, menjadi tuan rumah kepada 65 syarikat kediaman dan komersil di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. -BERNAMA

Artikel Lain