Rompak Dan Rogol Dua Wanita, Penganggur Dipenjara 16 Tahun, Enam Sebatan - Semasa | mStar

Rompak Dan Rogol Dua Wanita, Penganggur Dipenjara 16 Tahun, Enam Sebatan

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur hari ini dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merompak dan merogol dua wanita di tandas awam, tiga bulan lepas.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Endry Roni Afandi, 27, selepas dia menukar pengakuan bersalah pada Isnin dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 13 Julai lepas.

Sebelum menjatuhi hukuman, Emelia berkata faktor kepentingan awam dan rayuan daripada peguam bela dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

"Tertuduh sebagai ketua keluarga sepatutnya tahu membezakan yang baik dan buruk serta faktor kemiskinan yang dihujahkan oleh peguam bela bukanlah alasan untuk tertuduh melakukan jenayah," katanya. Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhi hukuman penjara enam tahun terhadap Endry kerana merompak seorang eksekutif bank, 32, dengan menggunakan sebilah pisau pemotong sayur di dalam tandas awam di bawah Stesen LRT Bandaraya, Dang Wangi di sini antara 5.15 hingga 5.30 petang, 8 Julai 2011. Bapa kepada anak lelaki berusia lapan bulan itu didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Dia turut dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan kerana merogol mangsa di tempat, waktu dan masa yang sama, mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, mahkamah turut menjatuhi hukuman penjara enam tahun terhadap Endry kerana merompak seorang kerani, 24, dengan menggunakan senjata yang sama dan menjatuhi hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan kerana merogol mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tandas awam yang beralamat di Stesen Minyak Shell, Danau Kota, Setapak antara 2 hingga 5 petang, 10 Julai 2011.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan terhadap tertuduh berjalan selepas tertuduh selesai menjalani hukuman terhadap kes pertama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farahah Mohd Suah manakala tertuduh diwakili peguam S. Letchiemanan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain