suria

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri, Selasa

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri, Selasa, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam Isnin. Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Selasa, 30 Ogos 2011," katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara. - BERNAMA

Artikel Berikut

Azhar CEO Baru MRT Co

Artikel Lain