suria

Kerjaya Idaman Hanya Untuk Mereka Yang Mahir Bahasa Inggeris

PETALING JAYA: Tidak mengapa sekiranya anda gagal untuk memperoleh segulung ijazah yang cemerlang sebaliknya anda hanya perlu mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik sudah pasti kerjaya idaman akan menjadi milik anda.

Berdasarkan maklum balas yang diperoleh daripada syarikat tempatan dan antarabangsa menunjukkan kemahiran komunikasi lisan dan menulis dalam Bahasa Inggeris kekal sebagai kriteria utama yang dicari oleh majikan dalam memilih pekerja yang mempunyai prospeks yang cerah.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), ciri tersebut merupakan faktor utama dalam merekrut graduan yang baru tamat pengajian.

Berdasarkan Kajian Gaji untuk Eksekutif 2010 yang dikeluarkan oleh MEF menunjukkan bahawa 68 peratus syarikat meletakkan kemahiran komunikasi sebagai kualiti utama dalam memilih pekerja, ia diikuti oleh pengalaman berkerja (67 peratus), kemahiran individu (56.2 peratus), ketekunan serta komitmen (55.7 peratus).

Menuru Pengarah MEF, Shamsuddin Bardan, globalisasi telah merubah faktor pemilihan pekerja, kemahiran komunikasi terutamanya bahasa Inggeris merupakan aset bernilai yang perlu ada pada setiap pekerja.

Jelasnya, ia merupakan kriteria penting dalam semua profesion termasuklah untuk kerjaya seperti jurutera, kakitangan teknikal dan ahli sains.

"Kriteria ini penting terutamanya bagi mereka yang bekerja dengan syarikat multinasional dan firma-firma besar.

"Hari ini pelanggan kita boleh datang dari mana-mana negara di seluruh dunia. Di kilang-kilang, misalnya tugas jurutera tidak sama seperti dahulu. Kini, mereka perlu melibatkan diri dalam pelbagai aspek perniagaan serta berinteraksi dengan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata apa yang dibimbangkan adalah kebanyakan siswazah tempatan hari ini tidak mampu berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik merupakan punca mereka menghadapi kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor swasta.

Pengarah Urusan Kelly Services (M) Sdn Bhd, Melissa Norman turut bersetuju dengan menyatakan enam daripada 10 graduan yang menghadiri temu duga yang dijalankan oleh syarikatnya tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.

Kelly Servives merupakan salah satu agensi mencari pekerjaan terkenal di negara ini.

Menurut Norman, Norman adalah penting untuk setiap siswazah menguasai bahasa Inggeris kerana ia merupakan bahasa penting yang digunakan secara meluas dalam bidang perniagaan di Malaysia dan seluruh dunia.

Berdasarkan Tinjauan Tenaga Kerja Kelly Global 2010 menyenaraikan kemahiran komunikasi sebagai kriteria pertama daripada lima ciri-ciri lain yang dicari oleh setiap majikan.

“Kami telah mengenalpasti ramai siswazah tempatan yang lemah bertutur, menulis dalam bahasa Inggeris serta menggunakan perbendaharaan kata yang terhad.

“Calon seperti ini hanya berjaya mendapat pekerjaan dalam perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat-syarikat kecil,” katanya.

Beberapa syarikat serta pemimpin dalam bidang perniagaan memberi amaran bahawa penguasaan bahasa Inggeris yang lemah akan mempengaruhi daya saing global di Malaysia.

Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia, Tan Sri Mustafa Mansur berkata golongan muda yang tidak mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tidak akan mampu untuk berunding untuk mendapatkan persetujuan terbaik dalam urusan perniagaan atau pelaburan yang dijalankan.

“Kita perlu menghantar pekerja kita ke luar negara untuk memasarkan produk kita, berunding dalam setiap perjanjian mahupun mendapatkan kontrak untuk ditandatangani.

"Jika mereka ini tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik maka kita akan ketinggalan," katanya.

Pengerusi bersama Pemudah, Tan Sri Yong Poh Koh pula berpandangan bahawa kakitangan awam juga perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik kerana perkembangan dunia tanpa sempadan pada hari ini.

“Kualiti bahasa Inggeris akan memberi kesan kepada sector awam apabila mereka perlu berinteraksi dengan warganegara asing mahupun dunia perniagaan apabila mereka perlu menyatakan pendirian dalam isu-isu yang melibatkan masyarakat dunia.

“Ia meliputi rundingan dalam perjanjian penting seperti perjanjian perdangangan,” katanya.

Ini meliputi rundingan pada perjanjian-perjanjian penting seperti perjanjian-perjanjian perdagangan.”

Dalam pada itu, bekas Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Fong Chab Onn menyatakan sejak dua dekad yang lalu kualiti bahasa Inggeris di negara ini telah menurun.

Beliau berkata sekiranya perkara itu tidak segera diatasi boleh menyebabkan Malaysia akan ketingggalan dan tidak mampu bersaing dengan negara jirannya.

“Thailand, Indonesia dan China sedang meningkatkan usaha untuk memperbaiki pengguasaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan mereka,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain