suria

Penerbangan MAS Pergi-Balik Kota Kinabalu Lewat Hari Ini

KUALA LUMPUR: Beberapa penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ke dan dari Kota Kinabalu, Sabah lewat disebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ditutup sementara Ahad pagi ekoran gangguan perkhidmatan trafik udara di lapangan terbang itu.

Pengarah Operasi MAS, Kapten Azharuddin Osman berkata penerbangan lain ke atau dari destinasi lain dijangka lewat sedikit, dengan perubahan kecil dalam jadual masa.

Bagaimanapun, masalah itu sedang ditangani dan bekerjsama rapat dengan lapangan terbang berkenaan dan semua pihak berkuasa penerbangan awam berkaitan untuk mengurangkan sebarang kesulitan, menurut beliau dalam kenyataan di sini Ahad.

Beliau menggesa semua penumpang terbabit untuk memeriksa status penerbangan mereka melalui www.malaysiaairlines.com atau menghubungi Pusat Panggilan 1300-88-3000 (dalam Malaysia) atau +603-7843 3000 (di luar Malaysia) sebelum ke lapangan terbang.

Penumpang juga boleh memeriksa status penerbangannya melalui telefon bimbit mereka dengan melayari flymas.mobi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain