Pedoman Kisah Hidup P.Ramlee - Semasa | mStar

Pedoman Kisah Hidup P.Ramlee

SETIAP kali kita menyebut nama Tan Sri P.Ramlee (gambar) kita akan terbayang tentang kehebatan beliau. Kita juga akan teringatkan filem-filem beliau yang membuatkan kita ketawa terbahak-bahak.

Kita juga akan terkenang lagu-lagunya yang menusuk kalbu walaupun P.Ramlee sudah 37 tahun meninggalkan kita. Begitulah hebatnya P.Ramlee yang tak ada pada artis-artis lain hari ini.

Walaupun semasa zaman kegemilangannya P.Ramlee diangkat dan diagung-agungkan, tetapi pengakhiran hidup beliau penuh dengan air mata.

Daripada seorang yang kaya raya, beliau menjadi papa kedana. P.Ramlee terpaksa buka kedai mahjung untuk hidup. Paling sedih, dia meninggal dunia dalam keadaan yang cukup tragis apabila wang pengebumiannya sebanyak RM3,000 pun didermakan oleh orang lain iaitu Datuk H.M Shah.

Kisah hidup P.Ramlee itu diterjemahkan dalam dokumentari khas yang disiarkan menerusi History Channel baru-baru ini hasil penyelidikan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Niezam mendapat banyak respons daripada orang ramai yang terharu melihat nasib P.Ramlee kerana selama ini orang menganggap P.Ramlee yang hebat itu meninggalkan kenangan yang hebat dalam hidupnya sebelum mati.

Tetapi P.Ramlee tidak meninggalkan apa-apa untuk dirinya melainkan untuk orang atau peminat melalui karya-karyanya. Kisah hidup P.Ramlee seharusnya menjadi contoh kepada generasi pelakon kita pada hari ini.

Artis-artis kita mudah lupa diri. Ketika berada di kemuncak, mereka tidak fikir kesusahan yang bakal menjelma di kemudian hari seperti mana yang P.Ramlee alami saat kegemilangan dan kejatuhannya.

Artis-artis kita yang dipuja ketika berada di kemuncak tidak pernah belajar untuk melihat kelemahan diri.

Mereka leka dengan glamor tetapi mereka tidak pernah memikirkan apa akan jadi terhadap kesudahan hidup mereka suatu hari nanti.

Jika artis-artis kita hari ini tidak beringat, nasib mereka akan menjadi seperti P.Ramlee. Apa yang berlaku kepada Seniman Agung itu seharusnya menjadi contoh yang baik agar ia tidak terjadi dalam hidup kita.

P.Ramlee bukan sahaja meninggalkan karyanya yang hebat tetapi perjalanan hidup yang penuh ranjau untuk dijadikan panduan oleh artis-artis semua.

NIEZAM: Takziah buat keluarga Allahyarham Shamrin Fotograf.

Facebook jadi modal artis “pengecut”

NIEZAM tertarik untuk mengulas mengenai isu laman sembang Facebook dan Twitter yang menjadi kegilaan orang muda dan artis-artis kita hari ini.

Artis kita kalau diberi peluang menulis, perangai mereka lebih buruk daripada wartawan yang selama ini dicap hanya tahu menulis berita-berita hangat.

Kalau dulu artis kita ada blog. Melalui bloglah mereka meluahkan kata-kata pedas yang akhirnya membuatkan mereka sesama mereka berbalah.

Bila blog dah tak beberapa nak laku, artis kita menjadikan Facebook dan Twitter sebagai modal untuk meluahkan isi hati.

Niezam pernah menjadi rakan Facebook dengan seorang artis. Lepas Niezam mengkritik perangai gedik dia yang macam ulat beluncas itu, terus dia “delete’ akaun Niezam.

Terus terang Niezam katakan yang Niezam sikit pun tak terasa hati. Perkara itu turut terjadi kepada wartawan hiburan lain yang pernah kena buang nama mereka daripada senarai selepas mereka mengkritik seseorang artis.

Artis-artis itu sebenarnya takut kalau kata-kata dan luahan mereka itu dibaca wartawan.

Artis yang macam ini dinamakan artis pengecut. Nak meluahkan perasaan tapi takut orang lain baca. Kalau macam itu tak payah tulis dalam Facebook. Tulis sajalah dalam jamban rumah.

Artis dan selebriti yang pengecut ini paling bahaya kerana mereka umpama talam dua muka. Mereka hanya berani jadikan Facebook untuk kutuk mengutuk.

Mereka berpura-pura baik selain tak berani bertanggungjawab dengan apa yang mereka luahkan tetapi mereka menggunakan laman sosial itu untuk meraih simpati orang lain.

Jadilah artis yang berani dan tegas dengan pendirian. Wartawan bukan malaikat. Kalau wartawan itu salah, mereka boleh kritik di ruang terbuka. Artis yang berani itulah artis yang berjiwa besar tapi sayangnya ramai artis yang besar kepala.

NIEZAM: Sikit pun tak terasa dikritik penerbit filem dalam Facebook.

Artikel Sebelum

PDRM Serah Tugas Kepada Tentera Kawal Sempadan

Artikel Berikut

Pekerja Ladang Maut Ditikam

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain