suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ADUN Kerdau Semakin Pulih

TEMERLOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang kawasan Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan kali kedua ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh akibat tekanan darah tidak stabil, kini dilaporkan semakin pulih.

Pengarah HOSHAS, Datuk Dr Bahari Datuk Awang Ngah berkata, sejak dimasukkan ke hospital itu dua minggu lepas, Zaharuddin, 63, menerima rawatan rapi daripada doktor pakar hospital berkenaan.

"Beliau kini semakin sihat dan dijangka boleh dibenarkan pulang dalam tempoh terdekat ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah turut melawat Zaharuddin hari ini.

Ketika ditemui, Zaharuddin berkata punca tekanan darahnya tidak stabil adalah disebabkan beliau tidak cukup rehat dan tidur.

"Setelah menerima rawatan keadaan darah sudah stabil. Doktor menasihatkan saya supaya banyak berehat," katanya.

Zaharuddin sebelum ini pernah menerima rawatan selama lebih dua bulan di Institut Jantung Negara kerana komplikasi buah pinggang dan jantung selepas menjalani pembedahan ulser usus di HOSHAS pada Mei lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain