Muzium Tentera Laut, Hotel Terapung Mercu Tanda Baru Bandar Lumut - Semasa | mStar

Muzium Tentera Laut, Hotel Terapung Mercu Tanda Baru Bandar Lumut

LUMUT: Kompleks muzium Tentera Laut dan hotel terapung bertaraf empat bintang bernilai RM160 juta akan menjadi sebuah lagi kawasan destinasi tarikan terbaru pelancongan di sini apabila kerajaan negeri Perak bersetuju melantik syarikat Plus Asia Jaya Sdn Bhd (PAJ) untuk memajukannya. Pengerusi PAJ Datuk Abdul Wahab Azizul Hassan berkata projek itu akan dibina di sebuah kawasan seluas hampir 1.99 hektar yang terletak bersebelahan Taman Rekreasi Awam Lumut di sini.

"Kompleks pelancongan terbaru itu akan dilengkapi dengan sebuah muzium terapung iaitu sebuah kapal perang milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah dilucut tarafkan sebelum diserah kepada Kerajaan Negeri 22 Januari tahun lepas.

"Kapal Ex-Rahmad merupakan kelas friget pelbagai guna yang telah berkhidmat lebih 32 tahun dengan TLDM. Kapal yang mempunyai kepanjangan 93.9 meter dan lebar 10.4 meter itu akan dijadikan monumen sejarah dan rekreasi," katanya kepada pemberita di sini Khamis. Beliau berkata selain itu, syarikat berkenaan juga akan membina sebuah hotel terapung bertaraf empat bintang setinggi 25 tingkat dengan 310 bilik.

Abdul Wahab berkata majlis pecah tanah projek itu akan disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada 3 petang Sabtu ini.

Abdul Wahab yang juga merupakan Orang Besar Jajahan Manjung berkata kompleks pelancongan itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun dan bakal menjadi mercu tanda terbaru di sini.

"Dewan banquet di hotel berkenaan juga merupakan yang terbesar di negeri ini dan mampu menampung 1,500 orang untuk majlis makan malam atau keraian, manakala seramai 2,500 orang untuk program persidangan.

"Sebuah restoran terapung dua tingkat, 45 unit kedai pejabat tiga tingkat, Dataran Rahmat dan kemudahan tempat meletak kenderaan bawah tanah turut dibina di situ," katanya.

Abdul Wahab berkata selain itu kemudahan bot persiaran untuk pelancong menikmati keindahan Sungai Dinding dan paya bakau turut disediakan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan