suria

Seramai 9,390 Nelayan Sabah Layak Terima Elaun Sara Hidup

SANDAKAN: Seramai 9,390 nelayan daripada 20,000 yang berdaftar di Sabah layak menerima elaun sara hidup sebanyak RM200 setiap bulan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)Abdul Rahman Ellis berkata ia membabitkan peruntukan berjumlah RM1.87 juta.

Kerajaan memperuntukkan RM11 juta sebulan bagi bayaran elaun itu untuk 60,500 nelayan di seluruh negara, katanya pada majlis penyampaian elaun tersebut, di sini Sabtu.

Sementara itu dalam isu berlainan, Abdul Rahman berkata sehingga Ogos lepas, LKIM telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM17.43 juta bagi melaksanakan projek pembangunan khas untuk masyarakat nelayan di Sabah.

Katanya projek tersebut ialah pembinaan infrastruktur di bawah Pakej Rangsangan ekonomi II (RM5.1 juta), pembangunan masyarakat dan institusi nelayan (RM250,000), projek transformasi nelayan (RM7.7 juta), pinjaman dana nelayan (RM4.2 juta) dan pembangunan industri nelayan (RM180,000).

Pada majlis itu seramai 720 nelayan di sini menerima elaun masing-masing daripada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain