suria

TNB Bertindak Tegas Atasi Pengguna Ingkar

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melakukan percubaan di seluruh negara untuk memutuskan bekalan tenaga kepada premis kediaman dan komersial yang mempunyai bil tertunggak melampau.

Langkah itu melibatkan pemasangan meter luaran baru yang membolehkan syarikat utiliti itu memotong bekalan elektrik dengan mudah.

TNB berkata, mereka yang mempunyai bil tertunggak lebih dua bulan akan menjadi sasaran dalam usaha menjimatkan jutaan ringgit membabitkan bil elektrik tidak berbayar.

Ketua Pegawai Operasi TNB, Azman Mohd berkata syarikat itu bercadang memperkenalkan sistem berkomputer untuk memutuskan bekalan kuasa dari jarak jauh.

Katanya, pasukan pemotongan TNB tidak boleh memutuskan bekalan melibatkan semua 51 peratus pengguna ingkar kerana meter diletakkan di kawasan yang sukar dimasuki.

Azman, yang enggan mendedahkan berapa ramai pengguna gagal menjelaskan bil tertunggak dan jumlah keseluruhan itu, berkata:

"Dengan memasang meter di luar, pasukan penguatkuasa dengan mudah memotong bekalan elektrik di mana kebanyakan meter kini terletak dalam kawasan rumah."

"Dalam kebanyakan kes, kami tidak dapat menilai meter kerana pintu berkunci dan tiada siapa di rumah apabila pegawai kami datang."

Katanya, terdapat situasi di mana pengguna telah mengubah suai rumah mengakibatkan meter terletak di dalam rumah.

Jika langkah itu gagal, penguatkuasa TNB akan terus kembali ke premis-premis terbabit untuk memotong bekalan, walaupun sewaktu hujung minggu sehingga berjaya, kata Azman.

"Pengguna dengan meter dalam kawasan (selalu depan rumah) harus mengubah kedudukan meter (mungkin di tembok pagar) agar mudah diakses," katanya lagi.

The Star melaporkan ramai pemilik hartanah kediaman membiarkan bil elektrik tertunggak sehingga puluhan ribu ringgi selepas penyewa berpindah keluar.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Michael Chong memberitahu bahawa daripada sejumlaj 29 aduan diterima sejak 2008, bil tertunggak kini mencecah RM216,348.48.

Dalam respon beliau kepada kenyataan itu, Azman berkata, TNB sedang berusaha menangani masalah itu dan difahami bahawa pemilik premis mungkin rasakan jumlah itu tidak masuk akal memandangkan mereka tidak bertanggung jawab atas kegunaan elektrik tersebut.

Artikel Lain