suria

Warga Kota Mula Pulang Ke Kampung Halaman

Deretan kenderaan memenuhi Plaza Tol Jalan Duta di Kuala Lumpur semalam apabila warga kota mula pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina. Foto The Star Oleh Azman Ghani
Deretan kenderaan memenuhi Plaza Tol Jalan Duta di Kuala Lumpur semalam apabila warga kota mula pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina. Foto The Star Oleh Azman Ghani
Deretan kenderaan memenuhi Plaza Tol Jalan Duta di Kuala Lumpur semalam apabila warga kota mula pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina. Foto The Star Oleh Azman Ghani

KUALA LUMPUR: Warga kota mula membanjiri pintu keluar ibu negara khususnya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) untuk menuju ke destinasi masing-masing sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Trafik sesak di beberapa plaza tol utama apabila banyak kenderaan beredar dari ibu kota sejak petang tadi.

Tinjauan Bernama ke Plaza Tol Sungai Besi arah Selatan mendapati ramai pemandu terpaksa menunggu giliran membayar tol dan kebanyakannya bersedia untuk memandu dengan lebih berhati-hati bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Seorang pengusaha restoran, Edmund Chong, 39, berkata dia dan keluarganya tidak melepaskan peluang untuk bercuti di kampungnya, Alor Gajah, Melaka.

"Memandu di waktu malam ini memerlukan fokus yang khusus dan pemanduan yang berhati-hati.. kalau boleh kami tidak mahu ada masalah (kemalangan atau kerosakan), jadi pandu dalam kelajuan yang normal sahaja pun sudah cukup," katanya.

Seorang wartawan sebuah suratkhabar Cina, Tee Qiao Ying, 23, berkata walaupun tidak bercuti panjang, beliau tetap akan pulang ke kampungnya, Kulai, Johor untuk meraikannya bersama ibu dan rakan-rakannya.

"Sebagai seorang perantau, suasana ingin pulang beraya itu sangat dirasai dan kesempatan ini akan saya ambil sebaik-baiknya untuk diraikan dengan sederhana tetapi meriah, katanya.

Malam esok, masyarakat Cina akan menikmati 'makan besar' bersama keluarga dan rakan mereka sebelum meraikan Tahun Baru Cina bersama anggota keluarga dengan memakai pakaian tradisional dan menjamu selera, katanya.

Sementara itu, lain yang dicari polis trafik, lain pula yang mereka temui apabila menahan seorang penunggang motosikal yang sedang 'khayal' dadah semasa memandu ketika menjalankan Ops Bersepadu Polis Trafik Kuala Lumpur di Plaza Tol Sungai Besi arah Selatan malam ini.

Anggota polis menahan lelaki berusia lingkungan 20an itu untuk pemeriksaan biasa namun terkejut apabila mendapati lelaki itu 'khayal' dan mengarahkannya menjalani pemeriksaan lanjut.

Selepas diperiksa, polis menemui enam paket ganja di dalam poket jaket lelaki yang kemudiannya didapati pernah ditahan sebanyak dua kali kerana kesalahan memiliki dadah.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Timbalan Supritendan Abdullah Roning berkata, lelaki itu mendakwa dalam perjalanan pulang ke Kajang dan pihaknya akan menyerahkan lelaki itu kepada polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk siasatan lanjut.

Artikel Lain