suria

Laporan Tragedi Perahu Naga Siap Minggu Depan

BUTTERWORTH: Laporan mengenai kejadian perahu naga terbalik di Pantai Lebuh Macallum, dekat sini yang menyebabkan enam orang terkorban bulan lepas dijangka siap minggu depan, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob.

"Segala maklumat daripada agensi terlibat termasuk pasukan penyelamat, pihak sekolah, penganjur dan Jabatan Pelajaran sudah diperolehi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kepolisan Berprofil Tinggi di sini hari ini.

Pada 17 Januari lepas, seorang guru dan lima pelajar Sekolah Tinggi Chung Ling di sini lemas apabila perahu naga yang dinaiki terbalik dipukul ombak sebelum berlanggar dengan sebuah tongkang di perairan dekat Lebuh Macallum di sini.

Mereka adalah antara 18 pendayung kelab sekolah itu yang akan menyertai Lumba Perahu Antarabangsa Pulau Pinang pada Julai ini.

Seramai 12 pelajar lain terselamat dengan berenang dan dibantu oleh bot-bot berhampiran di tempat kejadian. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain