suria

Risda Peruntuk RM300 Juta Tanam Semula Getah

PASIR MAS: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) memperuntukkan RM300 juta untuk penanaman semula getah membabitkan kawasan seluas kira-kira 30,000 hektar di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, peruntukan itu merangkumi pelbagai bantuan untuk pekebun kecil menjalankan penanaman semula termasuk baja dan anak pokok getah.

Di Kelantan sahaja, Risda memperuntukkan sejumlah RM45 juta bagi penanaman semula getah melibatkan kawasan seluas kira-kira 3,300, katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis penyerahan van jenazah sumbangan anak syarikat Risda iaitu Risda Fleet Sdn Bhd di Masjid Mukim Makmur, Lati di sini.

Wan Mohamad Zuki berkata, harga getah skrap kini ialah antara RM4 hingga RM5 sekilogram dan mampu mencecah RM10 sekilogram mengikut kualiti tertentu.

"Kita menjangkakan harga getah akan terus kukuh memandangkan permintaan untuk bahan mentah itu semakin meningkat," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain