Pelajar Darjah Tiga Lemas Ketika Main Sungai Terengganu - Semasa | mStar

Pelajar Darjah Tiga Lemas Ketika Main Sungai Terengganu

HULU TERENGGANU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun lemas ketika bermain di tepi Sungai Terengganu di Kampung Getang, Telemong di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa Tuan Nor Farah Amira Tuan Harun bersama kakaknya Tuan Nor Sofea Farina, 12, dan tiga sepupunya sedang bermain air di tepi sungai itu sebelum mangsa tiba-tiba terjerlus ke dalam beting pasir di kawasan itu.

Menurut ibu mangsa, Tengku Rubiah Tengku Ngah, 46, semasa kejadian beliau keluar menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya di Lubuk Periuk dan meninggalkan mangsa bersama empat adik beradiknya yang lain di rumah.

Ketika dalam perjalanan pulang, katanya dia telah dihubungi oleh salah seorang anak perempuannya yang memaklumkan kejadian yang menimpa anak bongsunya daripada lima beradik itu.

"Sebelum ini arwah memang pernah beberapa kali ke sungai terbabit dan saya pun dah banyak kali melarangnya ditambah lagi dengan musim tengkujuh sekarang.

"Tetapi saya tidak sangka arwah pergi juga bermain di kawasan itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Getang di sini hari ini.

Menurutnya mayat anaknya itu berjaya ditemui oleh orang kampung di dasar sungai berkenaan kira-kira setengah jam kemudian, tidak jauh dari tempat mangsa dilaporkan lemas.

Katanya jenazah anaknya itu dikebumikan malam semalam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Getang.

Sementara itu, kakak mangsa Tuan Nor Sofea Farina berkata kejadian berlaku terlalu pantas dan apabila disedari adiknya dilihat terkapai-kapai sambil tenggelam timbul di dalam air.

"Saya cuba menyelamatkan adik dengan terjun ke dalam sungai dan menarik rambutnya tetapi terlepas dan dia kemudian tenggelam dalam sungai," katanya.

Kejadian yang menimpa mangsa turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang berkunjung ke rumah mangsa dan menyampaikan sejumlah wang sumbangan peribadi. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain