Mahkamah Rayuan terima permohonan Dr M tolak saman Anwar atas alasan teknikal - Semasa | mStar

Mahkamah Rayuan terima permohonan Dr M tolak saman Anwar atas alasan teknikal

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menerima permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu saman fitnah RM100 juta yang dikemukakan terhadap bekas perdana menteri itu.

Keputusan tersebut dibuat atas alasan teknikal selepas mendengar penghujahan daripada peguam kedua-dua belah pihak mengenai permohonan Dr Mahathir terhadap memorandum rayuan yang difailkan oleh Anwar yang juga Penasihat PKR.

Memorandum rayuan Anwar itu telah difailkan dalam bahasa Inggeris dan bukannya bahasa kebangsaan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan ini telah membawa kepada pertikaian di antara pihak peguam masing-masing.

Keputusan tersebut diputuskan sebulat suara oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk Azhar Maah dan Datuk Syed Ahmad Hemly Syed Ahmad.

Mahkamah Rayuan turut menolak permohonan Anwar untuk melanjutkan tempoh bagi memfailkan memorandum rayuan tersebut dalam Bahasa Malaysia.

Pada tahun Januari 2007, Anwar telah memfailkan notis rayuan berhubung keputusan yang telah dibuat oleh Mahakamah Tinggi Kuala Lumpur yang sebelum ini telah menolak permohonan saman fitnah yang dikemukakan terhadap Dr Mahathir. Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Pada 27 Jan 2006, Anwar memfailkan saman terhadap pada Dr Mahathir atas dakwaan memfitnahnya dengan memberi gambaran beliau seorang lelaki yang tidak bermoral dan merbahaya kepada masyarakat Malaysia.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mendakwa Dr. Mahathir memfitnahnya dalam satu sidang akhbar di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 9 September tahun 2005.

Bagaimanapun pada Januari 2007, Dr Mahathir telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu dengan alasan ia bersifat skandal, menyusahkan dan tidak bersungguh.

Peguam Datuk V.K Linggam mewakili Dr Mahathir manakala Karpal Singh mewakili Anwar. Menurut Karpal beliau akan terlebih dahulu berbincang dengan anak guamnya sama ada untuk mengemukakan satu lagi rayuan iaitu kepada Mahkamah Persekutuan dalam tempoh sebulan ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain