suria

Bekas Timbalan Ketua Polis, Tan Sri Jaffar meninggal

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Jaffar Abdul, 77, meninggal dunia semalam di Pusat Perubatan Gleneagles Intan di Jalan Ampang di sini akibat pendarahan usus.

Difahamkan, beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.09 petang di sisi keluarganya selepas terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu sejak tiga hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi mengesahkan mengenai kematian Allahyarham.

Jenazah Allahyarham dikapan dan disembahyangkan di Masjid Bukit Aman sebelum solat Maghrib dan kemudian dibawa ke Parit Bakar, Muar untuk dikebumikan sebelum solat Subuh.

Jaffar menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Inspektor Percubaan pada 1951. Beliau menyandang jawatan Timbalan Ketua Polis Negara pada 1986 sebelum bersara kirakira tiga tahun kemudian. Beliau juga merupakan pengerusi DutaLand Berhad. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Haqiem Stopa sah bercerai talak satu