Seorang penyokong anti-kerajaan menunjukkan kesan letupan bom yang berlaku semasa protes di Lapangan Terbang Domestik di Don Muang, Bangkok semalam. Sekurang-kurangnya seorang terkorban manakala dua puluh dua orang penyokong anti-kerajaan cedera dalam kejadian terbabit. (Foto AP)
Seorang penyokong anti-kerajaan menunjukkan kesan letupan bom yang berlaku semasa protes di Lapangan Terbang Domestik di Don Muang, Bangkok semalam. Sekurang-kurangnya seorang terkorban manakala dua puluh dua orang penyokong anti-kerajaan cedera dalam kejadian terbabit. (Foto AP)[DIKEMAS KINI] BANGKOK: Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di sini yang ditutup sejak 24 Nov setelah diserbu ribuan penyokong pergerakan anti-kerajaan, mungkin dibuka semula pada 15 Dis ini setelah kumpulan dikenali People's Alliance for Democracy (PAD) bersetuju membenarkan Airports of Thailand (AOT) membukanya semula.Pemangku Pengarah Airports Authority of Thailand (AAOT), Serirat Prasutanont, memberitahu pemberita bahawa penerbangan kargo telahpun disambung semula di lapangan terbang berkenaan hari ini manakala penumpang pula masih perlu melakukan perjalanan ke Lapangan Terbang Utapao dekat Pattaya buat masa ini. Keputusan itu dicapai ekoran keputusan Mahkamah Perlembagaan hari ini untuk membubarkan People Power Party (PPP) dan dua parti rakannya selain memutuskan untuk membatalkan pelantikan Somchao Wongsawat sebagai perdana menteri.PAD telah mengadakan tunjuk perasaan bagi menggulingkan Somchao dan PPP kerana mendakwa kerajaannya adalah boneka kepada bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra yang dianggap satu simbol rasuah.Pengerusi AAOT, Vudhibhandhu Vichairatana, berkata PAD akan dibenarkan mengadakan tunjuk perasaan di Suvarnabhumi asalkan mereka tidak mengganggu operasi di lapangan terbang yang sibuk itu.Tidak ada pengumuman dibuat mengenai Lapangan Terbang Don Muang, yang mengendalikan penerbangan domestik, dan yang turut ditutup akibat tindakan penyokong PAD itu.Akibat penutupan mendadak dua lapangan terbang itu, lebih 300,000 penumpang khususnya rakyat asing, telah terkandas.Sejak Jumaat lepas, syarikat penerbangan menggunakan Lapangan terbang Utapao yang lebih kecil untuk membawa keluar penumpang yang terkandas. BERNAMABERITA DAHULUBANGKOK: Seorang penyokong antikerajaan terbunuh dan sekurang-kurangnya 22 yang lain cedera semasa serangan bom tangan ke atas Perikatan Demokrasi Rakyat (PAD) di Lapangan Terbang Don Muang awal hari ini.Serangan itu berlaku pada hari Mahkamah Perlembagaan dijangka menyampaikan keputusannya mengenai kes-kes penipunan pilihan raya melibatkan Parti Kuasa Rakyat (PPP) dan dua daripada lima rakan kerajaan campuran parti-parti Chart Thai dan Matchimathipataya.Dalam serangan pada 0.15 pagi, seorang lelaki yang berdiri di pintu Tol Don Muang melempar bom tangan M79 yang jatuh di terminal ketibaan lapangan terbang domestik itu yang dikuasai oleh PAD sejak minggu lepas.Yang mati dikenali sebagai Ronnachai Chaisri berusia 29 tahun dari daerah Sabayoi dalam wilayah Songkhla di bahagian selatan sementara lima orang dalam keadaan kritikal.Gambar televisyen menunjukkan penunjuk perasaan yang kebanyakannya wanita lari lintang-pukang selepas serangan itu.PAD, yang mendesak Perdana Menteri Somchai Wongsawat digulingkan, telah menggerakkan penyokongannya yang semakin berkurangan dari Rumah Kerajaan untuk memperkukuhkan kekuatannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang dan Suvarnabhumi. Sementara itu, penyokong PPP dilaporkan menyekat jalanjalan menuju ke mahkamah dalam usaha mereka untuk menghalang hakim-hakim daripada menyampaikan keputusan.Jika didapati bersalah, Somchai akan hilang kelayakan dan kerajaannya digulingkan, satu langkah yang dapat mententeramkan PAD.Somchai, yang terus bersembunyi di Chiang Mai demi keselamatannya, dijangka pulang ke ibu negara untuk menghadiri perbarisan tahunan tentera hari ini di Royal Plaza bersempena ulang tahun ke81 Raja Bhumibol Adulyadej pada Jumaat.Penutupan lapangan terbang mengakibatkan lebih 300,000 rakyat asing terkandas di Thailand, dan antara 40,000 hingga 50,000 warga Thai di seberang laut, tetapi setakat ini Kerajaan Thai dan pasukan keselamatannya tidak banyak menunjukkan usaha atau cukup serius untuk menamatkan kekacauan. BERNAMA