suria

Patin Tumis Sambal Dara

RESIPI ini khas buat peminat-peminat ikan patin yang inginkan kelainan dari segi cara cara masakan. Selamat mencuba!

Bahan-bahan

Ikan patin-goreng garing
Asam gelugur
Daun limau purut/salam
Gula dan garam

Bahan Tumbuk

11 tangkai cili padi
Cili merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Bawang merah
2 biji tomato

Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak dalam kuali, kalau boleh lebihkan sedikit minyaknya. 
2. Tumis bahan tumbuk dan masukkan asam gelugur, daun salam atau limau purut, gula dan garam.
3. Biarkan pecah minyak dan masak, dan kemudian masukkan ikan dan gaul sebati.


Artikel Lain