suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Karnival KPKT 2016 Tumpu Kesejahteraan Rakyat

KUALA LUMPUR: Karnival Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2016 yang julung kali diadakan memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat.

Program ini dianjurkan KPKT selama dua hari bermula dari 3 hingga 4 November di Dataran Merdeka di sini.

Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar berkata, penganjuran acara ini adalah secara kolaborasi strategik selaras dengan konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Beliau berkata, ia juga sejajar dengan dasar perbelanjaan berhemah yang disarankan oleh kerajaan.

Bertemakan 'Bandar Mampan Komuniti Sejahtera', karnival ini menggabungkan empat sambutan rasmi tahunan KPKT iaitu Hari Habitat Sedunia, Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari Kitar Semula dan Hari Tandas Peringkat Kebangsaan. 

Ia dibuka kepada rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur yang terdiri daripada profesional dan masyarakat awam.

Pelbagai pameran, demonstrasi dan aktiviti menarik yang berkonsepkan persekitaran kehidupan yang mampan bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat khususnya penduduk bandar.

Majlis perasmian Karnival KPKT 2016 turut menyaksikan pelancaran Rancangan Fizikal Negara Ke-3 (RFN-3) dan Dasar Perbandaran Negara Ke-2 (DPN2).

KPKT, Noh Omar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain