suria

Rebut Promosi Poket Selamat 2 MR. D.I.Y

MR. D.I.Y sekali lagi mengadakan Promosi Poket Selamat 2 dengan tawaran hebat melibatkan lebih 100 barangan terpilih bermula pada harga RM5.

Tawaran ini telah bermula dari 1 November dan akan berakhir pada 31 November 2016.

Pengurus Pemasarannya, Andy Chin berkata, tawaran ini sah di 209 cawangannya di seluruh Semenanjung Malaysia.

Katanya, penganjuran promosi ini sebagai tanda perhargaan kepada pelanggan yang menyokong MR DIY selama ini.

“Melihat kepada sambutan diberikan kepada promosi yang dijalankan sebelum ini , kami yakin akan mendapat sambutan lebih hebat untuk kempen Poket Selamat 2 ini," katanya.

Pelbagai barangan terpilih akan dijual pada harga RM5 seperti kabel USB, jam dinding, bingkai gambar, kayu selfie dan bantal leher.

“Promosi Paket Selamat 2 bertujuan membantu pelanggan setia MR. D.I.Y mendapat manfaat promosi bagi meringankan beban ekonomi," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain