suria

Kumpulan Media Star Anjur Acara Jalan Kaki Anak-Anak Malaysia

PETALING JAYA: Kumpulan Media Star akan mengadakan acara jalan kaki, Anak-Anak Malaysia Walk bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan di Bukit Bintang pada 14 Ogos ini.

Ribuan peserta dijangka mengambil bahagian dalam acara yang bermula pada pukul 6.30 pagi dari persimpangan Jalan Imbi dan Jalan Pudu.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai berkata acara tersebut bertujuan untuk menyemai semangat perpaduan, keharmonian dan toleransi antara rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016.

"Saya amat mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia supaya menyertai acara tersebut sebagai tanda menyokong kepelbagaian dan toleransi," katanya.

Menurut Chun Wai, acara tersebut juga menekankan kepentingan kesederhanaan, asas yang menjamin perhubungan harmoni.

"Apa jua cabaran yang kita hadapi, Malaysia masih kekal sebagai sebuah negara yang harmoni," katanya.

Acara itu akan dirasmikan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

Acara jalan kaki sejauh 3.4 kilometer (km) itu dianjurkan Kumpulan Media Star dengan kerjasama pemaju hartanah terkemuka Eco World Development Group Bhd.

Chun Wai menegaskan program tersebut tidak bermotifkan politik.

"Acara ini akan mengingatkan kita bahawa kita semua adalah Anak-Anak Malaysia dan kita perlu bersatu setiap masa," katanya.

Antara peserta yang akan mengambil bahagian dalam program tersebut terdiri daripada barisan selebriti, atlet dan ahli korporat.

"Kami berharap untuk menyaksikan penyertaan yang diluar biasa," katanya.

Untuk menyertai larian ini, sila daftar penyertaan di http://sites.thestar.com.my/aamwalk/

Peserta 2,000 terawal akan menerima satu thumb drive eksklusif bertemakan X-Men bernilai RM30 sumbangan Golden Screen Cinemas.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-7967 1388, sambungan 1432/1529/1243 (Isnin-Jumaat, 9 pagi -5 petang).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Madu Sumber Kolagen Asli

Artikel Lain