SERAMAI tujuh individu maut selepas dua buah kereta api bertembung di Bekasi, pinggir Jakarta, Indonesia pada Isnin malam.Menurut jurucakap operator kereta api milik kerajaan KAI, Franoto Wibowo, insiden bermula apabila sebuah teksi dipercayai melanggar tren komuter di salah satu lintasan, menyebabkan ia berhenti di landasan sebelum dilanggar kereta api lain. Setakat ini, seramai 81 mangsa lain turut tercedera dalam nahas berkenaan.Pasukan penyelamat yang tiba di lokasi pada awal pagi Selasa bertungkus lumus mengeluarkan kesemua mangsa yang terlibat. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)Tentera, bomba, agensi mencari dan menyelamat Indonesia serta Palang Merah turut digerakkan bagi membantu operasi pemindahan mangsa.Menurut seorang mangsa, Sausan Sarifah, 29, dia bersyukur masih terselamat walaupun mengalami patah tangan dan luka pada pahanya."Saya ingat saya akan mati. Semuanya berlaku terlalu pantas dalam sekelip mata."Tiada masa untuk keluar, semua orang berhimpit di dalam kereta api, terhimpit antara satu sama lain. "Saya tak tahu macam mana keadaan orang di bawah saya," ujarnya ketika ditemui di Hospital RSUD Bekasi."Tiada masa untuk keluar, semua orang berhimpit di dalam kereta api, terhimpit antara satu sama lain. "Saya tak tahu macam mana keadaan orang di bawah saya," ujarnya ketika ditemui di Hospital RSUD Bekasi.