SEORANG pakar pemakanan dan diet ditemukan mati dibunuh dalam kejadian kejam yang didakwa dilakukan oleh suaminya sendiri sebelum mayat mangsa disorok menggunakan campuran simen dan tanah.Mangsa, berusia 39 tahun dilaporkan dibunuh pada 20 April lalu di kediaman keluarga mereka di Salabatpura, Gujarat di India. Menurut pihak polis, suspek bertindak menyembunyikan mayat mangsa di dalam sebuah kotak kayu sebelum menutupnya dengan campuran tanah dan simen bagi mengelakkan bau serta kehadirannya dikesan.Siasatan mendapati suami mangsa, Vishal, yang pernah bekerja dalam industri penggilapan berlian, dikatakan telah menganggur selama beberapa tahun.Situasi tersebut menyebabkan pasangan yang telah mendirikan rumah tangga selama 16 tahun itu sering berdepan konflik yang meruncing.Pihak polis turut menemui satu nota pengakuan yang ditinggalkan suspek sebelum dia cuba melarikan diri.Dalam nota tersebut, suspek mendakwa berlaku pergaduhan berpanjangan selain menyatakan dia bertindak sedemikian kerana tidak lagi mampu menahan tekanan dalam perkahwinan mereka.Pihak berkuasa turut memaklumkan pasangan itu sering bertengkar melibatkan isu kepercayaan serta dakwaan curang yang mencetuskan keraguan antara satu sama lain.Kejadian ngeri itu mula terbongkar selepas bapa mangsa membuat laporan polis kerana gagal menghubungi anak perempuannya.Siasatan lanjut di rumah keluarga suspek akhirnya membawa kepada penemuan mayat mangsa yang telah disimen.Suspek kini telah ditahan dan polis membuka kertas siasatan di bawah kes bunuh untuk tindakan lanjut mengikut lunas undang-undang. -Agensi