suria

Rancang nak bunuh anggota polis, suspek letupkan kereta bawa bom depan balai

Sebuah kereta meletup di hadapan balai polis pada Sabtu.

SEBUAH kereta yang dipercayai membawa bahan letupan meletup di luar sebuah balai polis pada Sabtu.

Polis mengesyaki suspek meletakkan silinder gas di dalam kereta itu sebelum ia diletupkan.

Kejadian berlaku di hadapan sebuah balai polis di Kingsway, pinggir Belfast, Ireland Utara.

Sejurus letupan, pihak berkuasa mengarahkan penduduk setempat mengosongkan kediaman masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta baru keluar bengkel musnah terbakar, meletup ketika enjin dihidupkan

Orang ramai turut diminta menjauhi kawasan itu susulan kebimbangan berlakunya letupan susulan.

Pengerusi Lembaga Kepolisan Ireland Utara, Brendan Mullan berkata kereta itu disasarkan untuk membunuh anggota dan menyebabkan kemudaratan maksimum.

"Mereka yang bertanggungjawab menunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan terhadap penduduk yang tinggal berhampiran balai tersebut.

"Adalah satu keajaiban tiada siapa yang cedera parah. Kami berterima kasih kepada anggota yang berusaha memastikan keselamatan semua pihak.

"Ini merupakan insiden kedua melibatkan balai polis dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang amat membimbangkan," ujarnya. -Agensi

Artikel Lain