suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu bas menangis kena marah tak berhenti di perhentian, penumpang mohon maaf selepas sedar kesilapan sendiri

Pemandu bas kelihat menangis selepas dimarahi penumpang.

SEORANG pemandu bas mencuri perhatian ramai apabila dilihat menangis ketika bertugas selepas berlaku pertengkaran dengan seorang penumpang.

Dalam kejadian itu, penumpang wanita terbabit mendakwa pemandu tidak memberhentikan bas di hentian diminta walaupun dia sudah menekan loceng.

Namun, pemandu berkenaan menafikan perkara itu dan menegaskan penumpang tersebut tidak memberi isyarat seperti sepatutnya.

Rakaman tular kejadian di New Taipei City, Taiwan itu menunjukkan situasi menjadi tegang sebelum pemandu itu tiba-tiba hilang kawalan emosi.

“Kenapa buli pemandu? Awak tak tekan loceng pun,” katanya sambil menangis di tempat duduk pemandu.

Tersentak dengan reaksi itu, penumpang terbabit kemudian dilaporkan memohon maaf berulang kali.

Difahamkan, pemandu tersebut turut meminta penumpang lain menunjukkan cara menekan loceng sebagai bukti bahawa sistem isyarat berfungsi dengan baik.

Media tempatan melaporkan lelaki itu mempunyai masalah jantung dan kini diberikan kaunseling serta cuti rehat oleh majikannya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata bersimpati, selain menyifatkan tekanan kerja dalam sektor perkhidmatan boleh memberi kesan besar terhadap emosi seseorang.-Agensi

Artikel Lain