suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bernafsu terhadap orang tua... Lelaki ceroboh rumah warga emas, ‘buat kerja’ ketika mangsa nyenyak tidur

Rumah yang didiami warga emas tanpa ahli keluarga berisiko menjadi sasaran penjenayah. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki berdepan pertuduhan kes pecah rumah dan serangan seksual selepas didakwa menceroboh kediaman beberapa wanita warga emas yang tinggal bersendirian.

Dalam kes pertama, tertuduh iaitu John Gray, 23, dari Telford, Shropshire, United Kingdom (UK) didakwa merogol seorang wanita yang sedang tidur di kediamannya.

Dalam satu lagi insiden berasingan, dia didakwa cuba menyelak baju tidur seorang wanita, namun melarikan diri selepas mangsa menyedari kehadirannya.

Pada 10 Mei 2025, dia juga didakwa menceroboh kediaman seorang wanita berusia lingkungan 90-an di Dock Woods sebelum melakukan jenayah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pilih mangsa! Nenek umur 94 tahun patah tulang selepas dirogol, suspek usia 20-an banyak rekod jenayah seksual

Dia turut dituduh cuba memecah masuk sebuah lagi rumah pada malam sama, selain memasuki dua kediaman lain pada 8 November ketika penghuni wanita sedang tidur. 

Pendakwa raya, Lauren Marvel, memuji tindakan pihak berkuasa serta keberanian mangsa yang tampil membuat laporan walaupun berdepan situasi sukar.

Siasatan mendapati kenderaan milik Gray dikesan berada di kawasan kejadian ketika insiden berlaku, selain rakaman dari rumah berhampiran menunjukkan individu menyerupai suspek dengan pakaian yang sama.

Kes tersebut dijangka disebut semula di mahkamah pada 3 Jun 2026. -Agensi.

Artikel Lain