Banyak permainan dalam talian membenarkan pemain berkomunikasi antara satu sama lain sewaktu perlawanan berlangsung. -Gambar hiasan AI
SEORANG lelaki ditahan kerana didakwa meminta gambar bogel daripada seorang remaja perempuan sewaktu bermain permainan dalam talian. Menurut Ketua Jabatan Siber Maharashtra, India, Yashaswi Yadav, mangsa yang baru berusia 13 tahun merupakan anak kepada seorang pelakon di negara itu. Menurutnya, mangsa sedang bermain permainan dalam talian ketika suspek memulakan perbualan dengannya. Dalam perbualan itu, suspek didakwa menujukkan tingkah laku lucah dan meminta gambar bogel daripada remaja bawah umur itu.ARTIKEL BERKAITAN: Hanya sebab buat bising main ‘game’ online, lelaki hilang pertimbangan tikam remaja 15 tahunApabila mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarganya, satu aduan difailkan dan pelakon itu turut menghubungi pegawai siber untuk tindakan selanjutnya.Mengambil perhatian serius terhadap perkara itu, Maharashtra Nodal Cyber Cell melancarkan siasatan segera sebelum membuat tangkapan ke atas 'online gamer' berkenaan.Maharashtra Nodal Cyber Cell merupakan sebuah unit khas jenayah siber yang berfungsi sebagai pusat utama untuk menyelaras siasatan kes jenayah dalam talian. - Agensi.