suria

[V] Majlis kahwin diserang guna bom tangan, 33 parah termasuk kanak-kanak

Kejadian berlaku ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung.

RAKAMAN video yang memaparkan sebuah majlis perkahwinan diserang menggunakan bom tangan (granade) tular di media sosial.

Dimuat naik kira-kira pukul 4.02 pagi Sabtu oleh pemilik akaun Qalaat Al Muniq, kejadian dilaporkan berlaku di kawasan luar bandar Daraa, Syria.

"Serangan bom tangan malam ini yang menyasarkan sebuah majlis perkahwinan di kawasan luar bandar Daraa Barat telah dirakam secara langsung.

"Lebih 30 tetamu, termasuk kanak-kanak, cedera dalam kejadian itu, dua daripadanya parah," kongsinya melaporkan situasi yang berlaku.

Berdasarkan rakaman berdurasi 24 saat itu [Tonton Video], kejadian berlaku ketika dewan perkahwinan dipenuhi dengan tetamu majlis.

Memetik laporan media tempatan, letupan berlaku ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung di kampung Abidin, wilayah Daraa di selatan Syria. 

Insiden itu mengakibatkan 33 individu termasuk kanak-kanak cedera akibat letupan yang berlaku.

Pengarah Hospital Nasional Daraa, Dr Nizar Reshdan, memaklumkan bahawa mangsa yang cedera dibawa ke hospital menggunakan ambulans sejurus kejadian.

Tambahnya, seorang mangsa terpaksa menjalani amputasi kaki akibat kecederaan parah disebabkan letupan tersebut. -Agensi

 

Artikel Lain