suria

Guna alasan curi motosikal untuk beli ubat sakit jantung, pasangan suami isteri kantoi reka cerita!

Pasangan suami isteri ditahan selepas disyaki mencuri motosikal pelajar. -Foto Detik.com

SEPASANG suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes kecurian motosikal membabitkan pelajar.

Kejadian dilaporkan berlaku di Bandar Tasikmalaya, Jawa Barat di Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tasikmalaya, Inspektor Pertama Agus Yusuf Suryana berkata, suspek Burhanudin, 42, dan Arti Hadah, 38,  ditangkap pada Jumaat selepas modus operandi mereka dikenal pasti pasukan polis.

Ujarnya, hasil risikan mendapati kedua-dua suspek berpura-pura mengaku adalah saudara mangsa bagi meminjam motosikal.

“Modus mereka adalah berpura-pura menjadi saudara mangsa, kemudian meminjam motosikal dengan alasan mahu mengambil kunci rumah yang tertinggal,” kata Agus pada Jumaat.

Menurut Agus, mangsa yang masih muda percaya dan menuruti ajakan suspek yang akhirnya menyebabkan motosikal miliknya dicuri.

Dalam pada itu, suspek mengaku tindakan itu dilakukan kerana perlu membeli ubat bagi penyakit jantung untuk isterinya.

Namun, polis menegaskan bahawa suspek adalah pesalah berulang dalam kes kecurian motosikal.

Pasangan itu kini berdepan hukuman penjara sehingga empat tahun dan polis sedang meneliti semua bukti motosikal yang berjaya dirampas. -Agensi

Artikel Lain