SEORANG pakar seks mendedahkan wujud individu yang terlalu obses dengan bot dalam talian seperti ChatGPT sehingga menjejaskan hubungan sebenar mereka.Menurut Leigh Noren, dia menerima banyak aduan daripada pelanggan yang mendakwa pasangan mereka kerap berkomunikasi dengan bot kecerdasan buatan (AI). Dakwa Noren, ada yang turut bertindak di luar batasan apabila mereka berbalas mesej lucah (sexting) dengan bot dalam talian itu."Perilaku sebegini menyebabkan pasangan sebenar berasa terpinggir."Pelaku pula mendapatkan kepuasan seksual daripada bot tanpa memerlukan atau menginginkan sebarang hubungan di dunia nyata."Ini juga akan membuka persoalan tentang cemburu dan monogami dalam hubungan yang tidak pernah berlaku sebelum ini," jelas Noren.Tambah Noren, dia berharap pendedahan mengenai isu ini akan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesan buruknya terhadap manusia. -Agensi