SEORANG wanita maut selepas menjalani pembedahan yang dilakukan oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor dan didakwa belajar prosedur itu melalui video di YouTube.
Mangsa, Munishara, 25, mengalami sakit perut teruk dan pergi mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran rumahnya pada 4 Disember.
Suspek, Gyan Prakash Mishra, 48, mendakwa mangsa mempunyai batu hempedu dan perlu menjalani pembedahan segera.
Menurut keluarga, Mishra memberitahu suspek akan dibantu doktor lain, namun dia sendiri melakukan pembedahan tersebut.
Mangsa meninggal dunia keesokan harinya selepas prosedur itu didakwa dilakukan secara salah.
Polis Barabanki di India memaklumkan Mishra dan anak saudaranya yang turut membantu semasa pembedahan haram itu telah melarikan diri.
Kedua-duanya disiasat atas kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh, berdasarkan laporan yang dibuat oleh suami mangsa, Tej Bahadur Rawat.
Ketika siasatan, pasukan perubatan mengesahkan Mishra bukan seorang pengamal perubatan bertauliah dan kliniknya tidak berdaftar dengan Jabatan Kesihatan.
Polis turut menyiasat dakwaan bahawa prosedur yang dijalankan dipelajari melalui YouTube.
Tej Bahadur berkata isterinya pernah disahkan mempunyai batu hempedu pada 2018, namun sakit tersebut hilang selepas itu.
Pada 4 Disember lalu, kesakitan itu kembali dan dia membawa isterinya ke klinik suspek yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumah mereka.
“Selepas melihat hasil imbasan, dia kata batu hempedu semakin besar dan isteri saya perlu dibedah segera. Katanya dia belajar prosedur itu dari media sosial,” katanya.-Agensi


