suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tok penghulu cedera parah dilibas penduduk kampung, marah lepas datang minta bantuan

Polis sedang giat mengesan suspek yang identitinya sudah dikenal pasti. -Gambar hiasan

SEORANG ketua kampung cedera parah selepas ditetak lelaki yang cuba mendapatkan bantuan sosial daripadanya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Desa Purwodadi Simpang, Tanjung Bintang, Lampung Selatan di Indonesia.

Berdasarkan laporan media tempatan, mangsa Andi Saputro mengalami kecederaan serius akibat diserang dengan senjata tajam.

Menurut Ketua Polis Tanjung Bintang, Komisioner Edi Qorinas, kejadian berlaku pada Isnin sekitar pukul 7 malam ketika suspek datang menemui mangsa untuk menuntut bantuan sosial.

"Daripada maklumat awal, seorang lelaki yang dikatakan penduduk kampung datang meminta bantuan sosial. 

"Namun dia muncul dengan membawa senjata tajam jenis celurit (sabit) dan terus menyerang mangsa," katanya pada Rabu.

Susulan itu, pasukan polis sedang giat mengesan suspek yang identitinya sudah dikenal pasti.

Tambahnya, mangsa masih menerima rawatan intensif di hospital berikutan kecederaan dialaminya. -Agensi

Artikel Lain