suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Kebakaran Terra Drone Jakarta: Wanita sarat hamil antara 22 maut, tangisan suami undang sayu

Kebakaran Terra Drone meragut nyawa 22 individu termasuk seorang wanita hamil. -Foto Kumparan

 

SEORANG wanita hamil antara 22 mangsa maut dalam kebakaran bangunan Terra Drone di Jakarta, Indonesia, pada Selasa.

Lebih menyedihkan, mangsa yang dikenali sebagai Novia itu sedang hamil anak pertama dan sudah menghampiri tarikh bersalin.

Berkongsi cerita, sepupunya, Prasetyo berkata, mangsa dijangka bersalin pada Januari depan.

"Dah besar kandungannya… kemungkinan bersalin pada Januari," katanya.

Prasetyo ditemui pemberita di Hospital Polis Kramat Jati, Jakarta Timur.

Tambahnya, ketika kejadian, mangsa dipercayai terperangkap di tingkat lima bangunan terbabit.

Bagaimanapun mangsa yang berjaya turun ke tingkat bawah bagi menyelamatkan diri mengambil keputusan untuk berpatah balik selepas keadaan dipenuhi asap tebal.

"Dia dah turun tapi asap makin tebal, jadi dia naik semula ke tingkat lima dan terperangkap," ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan baik dan dipercayai meninggal dunia akibat kekurangan oksigen.

Malah katanya, Novia masih bekerja di syarikat berkenaan meskipun dalam keadaan sarat.

Sementara itu,Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Pesuruhjaya Kanan Susatyo Purnomo Condro mengesahkan seorang wanita hamil turut berada dalam senarai mangsa.

Terdahulu tular satu rakaman seorang lelaki [Tonton Video] dipercayai suami Novia sedang menangis di perkarangan unit forensik hospital.

Dia kemudian ditenangkan oleh beberapa individu yang berada di lokasi.

Jenazah Novia dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Lampung. -Agensi

Artikel Lain