suria

Dua pelari rebah ketika sertai acara larian, meninggal dunia selang 11 minit

Mereka yang gemar menyertai acara sukan wajar peka dengan situasi kesihatan masing-masing. -Gambar hiasan AI

DUA pelari rebah dan meninggal dunia disyaki akibat serangan jantung semasa menyertai perlumbaan Siksorogo Lawu Ultra 2025 di Gunung Lawu dekat Jawa Tengah, Indonesia, pada Ahad.

Jurucakap Polis Karanganyar, Inspektor Mulyadi berkata, mangsa yang dikenal pasti sebagai Sigit Joko Purnomo, 45, dan Pujo Buntoro, 55, rebah selang beberapa minit sekitar pukul 11 pagi.

"Kedua-dua pelari mempunyai masalah kesihatan, seorang mengalami masalah pernafasan dan seorang lagi mengalami masalah jantung," kata Mulyadi.

Menurutnya, Sigit rebah sekitar pukul 10.44 pagi di Bukit Mitis, berhampiran penanda 12 kilometer di laluan 15 km.

Sebelas minit kemudian, Pujo rebah di Bukit Cemoro Wayang, sekitar penanda 8 km. 

Kedua-dua insiden berlaku di tengah-tengah hujan lebat di kawasan tersebut.

"Pasukan perubatan dan marshal perlumbaan segera dikerahkan untuk memberikan pertolongan cemas, tetapi kedua-dua mangsa dipercayai telah meninggal dunia ketika bantuan tiba," kata Mulyadi. -Agensi

Artikel Lain