suria

Lelaki hilangkan diri lepas 'test ride' motosikal

Pembeli lazimnya melakukan pandu uji sebelum membeli kenderaan. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki ditahan polis selepas didakwa mencuri motosikal milik seorang lelaki selepas berpura-pura ingin membelinya.

Kejadian berlaku selepas mangsa berusia 27 tahun memuat naik gambar motosikalnya dalam kumpulan jual beli motosikal di Facebook.

Suspek berusia 24 tahun yang melihat hantaran itu kemudian menghubungi mangsa dengan menggunakan nama palsu, Satria.

"Pada 22 November lepas, suspek datang ke rumah mangsa dengan mendakwa dihantar oleh bapanya.

"Dia kemudian meminta kunci motosikal jenis Honda Scoopy dengan alasan ingin menguji kenderaan tersebut," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Temanggung, AKP Didik Tri Wibowo.

Kejadian berlaku di Temanggung, Indonesia.

Kata Didik, suspek bagaimanapun tidak kembali dan terus menghilangkan diri.

Dua minggu selepas kejadian, pada awal Disember, suspek ditahan di rumahnya di Kampung Bandarsedayu, Daerah Windusari, Magelang.

Motosikal Honda Scoopy mangsa turut ditemui dan dirampas.

"Suspek dipercayai berniat menjual motosikal itu kerana mempunyai kekangan kewangan.

"Dia didakwa di bawah Seksyen 378 Kanun Keseksaan kerana penipuan, yang membawa hukuman penjara sehingga empat tahun," katanya.-Agensi

Artikel Lain