SEBUAH pesawat kecil menghempap bumbung sebuah kereta [Tonton Video] sebelum terhempas di atas jalan raya.
Insiden berlaku di laluan arah selatan Interstate 95 di Florida Tengah, Amerika Syarikat pada malam Isnin.
Menurut pihak berkuasa, pesawat itu mengalami kegagalan kuasa pada kedua-dua enjinnya.
Video kejadian yang dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pengguna jalan raya turut tular di media sosial.
“Tiba-tiba sahaja bahagian tayar hadapan pesawat menghentam kereta itu dan ia terus jatuh menjunam.
"Percikan api dan serpihan berterbangan merata-rata,” kata saksi kejadian, James Coffey.
Pesawat itu turut dilihat menggelongsor sebelum berhenti selepas menghentam pembahagi jalan.
Dalam pada itu, pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan hanya mengalami cedera ringan.
Pemandu wanita itu dikejarkan ke sebuah hospital untuk menerima rawatan.
Juruterbang serta seorang penumpang pesawat, masing-masing berusia 27 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan. - ABC7.


