suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Batang besi dirodok masuk kemaluan budak perempuan 7 tahun

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes itu.

SEORANG kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan selepas kemaluannya dirodok dengan sebatang besi.

Mangsa yang berusia 7 tahun diserang oleh seorang lelaki dalam cubaan rogol pada pagi 4 Disember lalu.

Kejadian itu didakwa berlaku di kawasan kampung di Atkot, berhampiran Jasdan, India.

Mangsa sudah dibenarkan discaj selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Rajkot, Gujarat.

Dalam pada itu, Superintendan Polis Vijay Singh Gurjar mengesahkan penahanan suspek, dikenali sebagai Ramsingh Tejsingh.

Suspek menetap di Madhya Pradesh dan sudah berumah tangga.

Polis turut merampas besi yang digunakan suspek dan dia dijangka didakwa di mahkamah pada Khamis. -Agensi

Artikel Lain