suria

Pemuda tergamak belasah bapa, berang ditegur main ‘handphone’ hingga lewat malam

Polis akan melengkapkan siasatan sewaktu tempoh tahanan reman suspek. -Gambar hiasan

SEORANG pemuda berusia 21 tahun ditahan pihak polis selepas bertindak memukul bapanya kerana tidak berpuas hati ditegur bermain telefon bimbit secara berlebihan.  

Insiden itu berlaku di Kelurahan Sinar Bulan, Bangka Belitung, pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Sektor (Kapolsek) Bukit Intan, Kompol Yosyua Surya Admaja, kejadian bermula apabila mangsa yang berusia 57 tahun menegur suspek kerana bermain telefon bimbit secara berlebihan sehingga menimbulkan kebisingan pada waktu malam.

Tidak berpuas hati dengan teguran itu, suspek bertindak di luar kawalan dengan memukul bapanya menggunakan tangan berkali-kali sehingga mangsa mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian tubuh.

"Suspek memukul mangsa berulang kali dengan tangan hingga menyebabkan ayahnya lebam dan luka. Selepas kejadian, suspek sempat melarikan diri," katanya lagi.

Kejadian tersebut kemudian dilaporkan kepada pihak polis oleh penduduk setempat. 

Polis dengan bantuan orang awam berjaya menahan suspek yang ketika itu bersembunyi di rumah salah seorang penduduk.

"Suspek sempat melawan sebelum akhirnya berjaya ditahan dengan bantuan penduduk di lokasi persembunyiannya," tambahnya. -Agensi

 

Artikel Lain