suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakar bedah guna ubat bius bunuh isteri, modus operandi terbongkar selepas 6 bulan... Mesej kepada skandal singkap segala rahsia!

Tugas utama pasukan forensik adalah mengumpul, menganalisis dan mentafsir bukti saintifik. -Gambar hiasan AI

SEORANG doktor bedah ditahan selepas disyaki membunuh isterinya menggunakan kepakarannya dalam bidang perubatan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Marathahalli, India.

Berdasarkan laporan, suspek dikenali sebagai Dr Mahendra Reddy, 32, ditahan enam bulan selepas kematian isterinya, Kruthika Reddy.

Ia susulan hasil siasatan forensik terhadap telefon bimbitnya menemui mesej "saya bunuh isteri saya kerana awak" yang dihantar kepada kekasihnya sejurus selepas kematian dilaporkan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Whitefield, M Parashuram berkata, pihaknya merakam kenyataan seorang wanita yang juga kekasih suspek namun identitinya tidak didedahkan.

Hasil siasatan mendapati suspek merancang pembunuhan itu secara teliti dengan memanfaatkan pengetahuan perubatan serta kelemahan kesihatan isterinya yang menghidap masalah gastrik dan gangguan metabolik sejak sekian lama.

Ia berikutan dia mengetahui sejarah penyakit tersebut selepas berkahwin pada 26 Mei 2024.

"Dia tahu keadaan kesihatan isterinya dan menggunakan ubat bius dengan sengaja," katanya.

Menurut Parashuram, suspek dipercayai memberikan suntikan intravena (IV) mengandungi bahan bius kepada Kruthika selama dua hari ketika melawatnya di rumah bapanya di Marathahalli, Bengaluru, kononnya untuk memberi rawatan.

Ekoran daripada itu, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri akibat keletihan sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta pada 23 April lalu.

Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan disebabkan bahan anaestetik.

Tambah beliau, pada awalnya keluarga mangsa menyangka kematian itu berpunca daripada masalah kesihatan, namun kakaknya, Dr. Nikitha Reddy, tidak berpuas hati dan meminta siasatan dijalankan.

Tindakan itu membawa kepada laporan kematian tidak normal (Unnatural Death Report) dan akhirnya membawa kepada penangkapan Mahendra selepas pengesahan forensik diterima. -Agensi

Artikel Lain