SEORANG pelajar kejururawatan berusia 22 tahun maut dirempuh kereta ketika berhenti di lebuh raya untuk membantu mangsa kemalangan membabitkan empat kenderaan. di lebuh raya.
Kejadian berlaku sekitar pukul 2.30 pagi, 29 Oktober di Lebuh Raya Nombor 7, wilayah Chon Buri, Thailand.
Berdasarkan laporan, mangsa, Jirawadee Tonthongdaeng dalam perjalanan bersama suaminya, Wanchaloem Anchunee dari wilayah Sisaket menuju ke Pattaya bagi menyambut hari lahirnya.
Setiba di lokasi kemalangan, mereka berhenti di lorong kecemasan untuk menghubungi pasukan penyelamat serta memberi amaran kepada kenderaan lain supaya memperlahankan kelajuan.
Namun malangnya, terdapat sebuah kereta yang dipandu laju merempuhnya sehingga maut di tempat kejadian.
Suaminya yang juga sukarelawan pasukan Sawang Rescue Saraburi cedera parah dan kini dirawat di Hospital Chon Buri.
Terdahulu, berlaku kemalangan melibatkan empat kenderaan berpunca daripada Toyota Fortuner hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang treler.
Beberapa saat kemudian, Toyota Camry pula melanggar sisi Fortuner dan terbabas ke penghadang jalan.
Rempuhan yang berlaku mengakibatkan pemandu warga tempatan dan seorang pelancong Korea Selatan terkorban manakala empat lagi cedera. -Agensi


