suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki lapor polis dakwa jiran ugut guna pistol gara-gara kucing ceroboh, berak dalam rumah

Rakaman CCTV menunjukkan insiden pergaduhan membabitkan dua jiran gara-gara seekor kucing, dengan seorang daripada mereka menggunakan pistol untuk melakukan ugutan. -Foto Thaiger

SEORANG lelaki membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dengan pistol oleh anak lelaki jirannya, gara-gara kucing peliharaannya dikatakan membuat 'onar' di rumah mereka.

Lelaki dikenali sebagai Yongyot, 53, berkata pada hari kejadian Selasa lalu, kucingnya merayau di seberang jalan untuk memakan rumput.

Namun jirannya menuduh haiwan tersebut memasuki rumah, merosakkan barang dan membuang air besar di dalam kediamannya. 

Yongyot dari wilayah Chon Buri, Thailand menjelaskan bahawa kucingnya yang bernama Panda telah dipelihara selama lebih tiga tahun dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sebelum ini. 

Kedua-duanya 'berperang' mulut namun keadaan menjadi serius apabila anak lelaki jirannya, seorang pengawal keselamatan, pulang dari kerja dan menghampiri Yongyot dengan pistol di tangan. 

Yongyot mendakwa anak lelaki jirannya itu mengugut untuk menembaknya malah mencabarnya bergaduh.

Dia turut berkongsi rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kejadian berkenaan sebagai bukti ketika membuat laporan polis. -Agensi

Artikel Lain