suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Bekas peserta program realiti maut dirempuh lori selepas tunjuk kereta baru beli kepada keluarga

Tangkap layar CCTV menunjukkan lori sebelum merempuh mangsa.

SEORANG bekas peserta rancangan realiti televisyen maut dirempuh lori selepas sehari membeli kereta baharu, pada Selasa.

Menurut polis, kereta jenis Suzuki Eeco yang baru dibeli mengalami masalah mekanikal sekitar 9 pukul pagi, menyebabkan mangsa berhenti di bahu jalan. 

Ketika sedang memeriksa kenderaan sambil bercakap di telefon, lori yang datang dari arah belakang merempuhnya dengan kuat, menyebabkan kematian serta-merta [Tonton Video].

Mangsa, Sudheendra adalah seorang penari berusia 35 tahun dan kejadian berlaku di Pemmanahalli, daerah Nelamangala di India.

Pemandu lori dikenali sebagai Vedakumar telah ditahan untuk siasatan dan polis tidak menolak kemungkinan pemandu tersebut mengantuk ketika kejadian.

Siasatan awal turut mendapati bahawa sebelum insiden, Sudheendra sempat menghubungi abangnya, Raghavendra, untuk meminta bantuan. 

Raghavendra memberitahu polis bahawa adiknya datang ke rumah pada awal pagi bagi menunjukkan kereta baharunya yang dibeli sehari sebelum itu dan sempat membawa keluarga keluar bersiar-siar.

Hanya 15 minit selepas itu, Sudheendra menghubungi abangnya semula memaklumkan keretanya gagal dihidupkan di atas jambatan Pemmanahalli. 

Tidak lama kemudian, kemalangan tragis itu berlaku ketika mereka masih berbual di telefon.

Sudheendra merupakan wajah dikenali dalam industri hiburan Kannada, pernah menyertai beberapa program realiti tarian popular di saluran televisyen tempatan.-Agensi

Artikel Lain