suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Pesawat kargo bawa muatan bahan api terhempas, laporan awal sahkan tiga maut... Angka korban dijangka meningkat

Keadaan kebakaran susulan pesawat kargo terhempas di Kentucky, Amerika Syarikat.

SEKURANG-KURANGNYA tiga maut manakala 11 lagi cedera selepas sebuah pesawat kargo milik UPS terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Muhammad Ali di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat pada petang Selasa.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pesawat UPS Flight 2976 yang membawa tiga kru dan 50,000 gelen bahan api jet itu meletup sekitar pukul 5.15 petang iaitu 13 minit selepas berlepas menuju ke Honolulu, Hawaii.

Rakaman [Tonton Video] menunjukkan pesawat jenis McDonnell Douglas MD-11 itu terangkat dari landasan dengan salah satu sayapnya terbakar sebelum terhempas dan meletup.

Gabenor Kentucky, Andy Beshear, mengesahkan tiga mangsa maut manakala 11 lagi cedera.

Angka korban dijangka meningkat.

Angka korban dijangka meningkat.

"Tiga kematian telah disahkan dan jumlah itu mungkin akan bertambah," katanya dalam sidang media, malam Selasa.

Pesawat berkenaan dilaporkan terhempas di sebuah kilang kitar semula petroleum, Kentucky Petroleum Recycling, menyebabkan kebakaran besar yang masih marak hingga beberapa jam.

Sebuah lagi premis berdekatan, Grade A Autoparts, turut terjejas.

Pihak bomba Louisville berkata, operasi mencari mangsa masih dijalankan di kawasan yang dianggap sebagai zon berisiko tinggi.

Polis turut mengeluarkan arahan berkurung dalam lingkungan 8 kilometer dari lapangan terbang serta meminta penduduk menutup sistem pengudaraan rumah dan premis perniagaan berikutan asap tebal yang menyelubungi kawasan itu hingga ke selatan Indiana.

Susulan kejadian, operasi lapangan terbang ditutup sepenuhnya. 

FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas. -Agensi

Artikel Lain