suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Kecoh buaya gergasi seberat 1 tan  masuk kampung, penduduk tangkap guna tali

Penduduk kampung mengambil inisiatif sendiri untuk menangkap buaya menggunakan tali.

SEEKOR buaya gergasi sepanjang enam meter dengan anggaran berat hampir satu tan berjaya ditangkap oleh penduduk kampung pada Jumaat.

Haiwan liar itu ditemui berada di dalam sebuah parit berhampiran kawasan penempatan penduduk sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan orang ramai dan ternakan.

Menurut penduduk, buaya berkenaan pertama kali dilihat ketika memasuki sungai berhampiran kampung, menyebabkan penduduk segera mengambil tindakan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kampung Sungai Undan di Riau, Indonesia [Tonton Video].

Ketua Jabatan Bomba Indragiri Hilir, Junaidi Ismail memaklumkan kemunculan buaya berkenaan dipercayai berpunca daripada kekurangan sumber makanan di habitat asalnya.

“Buaya sebesar ini dipercayai keluar dari habitatnya untuk mencari makanan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Selepas menyedari kehadiran reptilia berkenaan, kira-kira 20 penduduk bergotong-royong untuk menangkapnya menggunakan tali dengan usaha itu akhirnya berjaya selepas beberapa jam.

Pasukan bomba bersama anggota polis dan penduduk setempat kemudian memindahkan buaya tersebut ke lokasi lain dalam habitat semula jadinya bagi memastikan keselamatan orang ramai.

Pihak berkuasa turut mengingatkan penduduk sekitar Indragiri Hilir supaya lebih berhati-hati ketika berada di sungai atau kawasan air, memandangkan masih terdapat banyak buaya yang berkeliaran di kawasan itu.-Agensi

 

Artikel Lain