SATU klip video memaparkan seorang pesakit ditolak menggunakan pengusung hospital di tengah-tengah kesibukan bandar, menjadi tular di media sosial.
Klip berdurasi 15 saat itu dirakam di Rewa, Madhya Pradesh, menunjukkan seorang wanita dan seorang lelaki menolak pengusung dengan seorang pesakit terbaring di atasnya, melintasi simpang yang sibuk dengan kenderaan.
Pesakit berkenaan dilaporkan dibawa keluar dari Hospital Memorial Sanjay Gandhi, dipercayai untuk dipindahkan ke tempat lain.
Video tersebut mencetuskan kritikan ramai yang mempersoalkan bagaimana seorang pesakit hospital dibenarkan berada dalam keadaan sedemikian semasa dibawa keluar.
Susulan penyebaran klip itu, pihak pentadbiran hospital telah memulakan siasatan rasmi.
Pegawai tertinggi di hospital menyifatkan kejadian berkenaan sebagai 'kes sensitif' dan menegaskan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan. -Agensi


