suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki mati dihentak ‘dumbell’, tak mahu padamkan lampu jadi punca

Pergaduhan antara rakan pejabat boleh berakhir dengan kematian. -Gambar hiasan

 

PERTENGKARAN kecil mengenai lampu yang tidak dipadam bertukar tragedi apabila seorang lelaki berusia 41 tahun maut dipukul menggunakan 'dumbbell' oleh rakan sekerjanya, awal pagi Sabtu.

Menurut polis, kejadian berlaku sekitar pukul 1.30 pagi di sebuah syarikat swasta dikenali sebagai Data Digital Bank, yang menjalankan urusan penyimpanan serta pengurusan rakaman penggambaran filem.

Siasatan awal mendapati, mangsa dan suspek berusia 24 tahun itu bekerja dan bermalam di premis berkenaan.

Namun pergaduhan tercetus apabila salah seorang daripada mereka tidak bersetuju untuk memadam lampu.

Susulan pertengkaran yang berlaku, suspek dikatakan mengambil 'dumbbell' lalu menghentak kepala mangsa hingga maut.

Kejadian dilaporkan berlaku di Govindraj Nagar, India.

Suspek kemudiannya menyerah diri di Balai Polis Govindraj Nagar kertas siasatan dibuka di bawah kesalahan membunuh. 

Mayat mangsa telah dihantar untuk bedah siasat. -Agensi

Artikel Lain