suria

Penternak sambut kelahiran lembu berkepala dua… Satu badan miliki empat biji mata, dua mulut

Anak lembu itu dilahirkan pada pagi Sabtu.

PENDUDUK sebuah kampung gempar dengan kelahiran seekor anak lembu berkepala dua pada pagi Sabtu.

Menurut pemilik lembu, Fauzi, 50, haiwan unik itu memiliki empat mata, dua mulut dan dua rahang.

Susulan kelahiran anak lembu itu, Fauzi berkata dia tidak menang tangan menerima kehadiran tetamu.

"Ramai penduduk kampung yang datang tengok. Dari pagi sampai petang masih ramai orang," kata penternak itu.

Fauzi merupakan penduduk Desa Kerang, Sukosari, Jawa Timur, Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Jejak kasih’ lembu dengan tuan ajar manusia erti kasih sayang! Lari ikut ‘bapa’ naik motosikal buat ramai sebak

Tambah Fauzi, lembu betina miliknya itu melahirkan anak selepas bunting selama kira-kira 11 bulan.

Dalam pada itu, proses kelahiran yang bermula sekitar pukul 8 pagi turut dibantu oleh seorang doktor haiwan, Galih Aji Wijaksono.

Menurut Galih, proses kelahiran selesai selepas 20 minit, namun berlangsung dalam keadaan yang tidak normal.

"Ini kerana posisi kepala anak lembu tersebut tidak berada di laluan kelahiran seperti biasa.

"Biasanya, lembu normal akan melahirkan dengan dua kaki depan dan kepala sejajar di saluran reproduksi betina.

"Tapi kali ini hanya satu kaki yang kelihatan dari luar, jadi kepala perlu dilaraskan semula di laluan kelahiran,” jelasnya. -Agensi

 

Artikel Lain