SEORANG mekanik ditahan pada Sabtu selepas menyerah diri kepada polis dan mengaku membunuh teman wanitanya kerana cemburu dan curiga terhadap kesetiaannya.
Menurut polis, pada mulanya suspek berusia 25 tahun itu membawa mangsa berumur 26 tahun ke sebuah rumah persinggahan dan kemudian memeriksa telefon wanita berkenaan.
Dia mendakwa menemui beberapa gambar mesra mangsa bersama lelaki lain, sebelum bertindak menyerang dan menikamnya menggunakan pisau serta sepana dalam keadaan marah.
Berdasarkan maklumat, suspek dikenali sebagai Dilawar Singh dan mangsa, Mary Mallesh Telugu.
Selepas kejadian, Singh terus menuju ke sebuah balai polis di Pune, India dan membuat pengakuan tentang perbuatan jenayahnya.
Pasukan penyiasat bergegas ke lokasi kejadian dan menemukan mayat mangsa di dalam bilik rumah tumpangan berkenaan.
Menurut jurucakap polis, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti urutan sebenar kejadian serta motif penuh pembunuhan itu. -Agensi


